BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN IQA-01 FAKULTI SAINS GUNAAN, UiTM CAWANGAN PERAK KAMPUS TAPAH

TAPAH, 27 Julai 2023 – Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah berjaya mengadakan Bengkel Semakan Dokumen IQA-01 secara pertemuan fizikal di Makmal IT PTAR, Aras 1. Bengkel ini disertai oleh 16 orang pensyarah daripada bidang kimia, fizik dan biologi yang telah dilantik sebagai AJK Penulis IQA-01 FSG. Bengkel ini turut dihadiri oleh Dr Daljeet Singh sebagai fasilitator untuk memberi taklimat berkenaan penyediaan dan seterusnya pemurnian dokumen IQA-01. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk pemurnian dokumen IQA-01 bagi empat program iaitu Sarjana Sains Biologi Gunaan, Sarjana Sains Kimia Gunaan, Sarjana Sains Fizik Gunaan dan Sarjana Sains Fizik.

IQA atau Jaminan Kualiti Dalaman bertanggungjawab untuk memastikan program akademik UiTM memenuhi Kod Amalan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk Standard Akreditasi Program (COPPA), Rangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF) dan keperluan standard program MQA masing-masing untuk di daftar di Daftar Kelayakan Malaysia (MQR). Terdapat 7 kriteria yang perlu dipenuhi dalam mendokumentasi IQA-01 dan ditulis oleh pensyarah yang dilantik bagi setiap kriteria tersebut. Kriteria 1-Programme Development and Delivery, penulisnya adalah Noor Fadhilah binti Muhamad Sahapini, Dr Rafael Julius, Dr Saiyidah dan Dr Siti Mazleena Mohamed), manakala bagi kriteria 2 – Assessment of Student Learning ditulis oleh Dr Ahmad Nazeer bin Che Mat dan Dr Low Kim Fatt), Kriteria 3 – Student Selection and Support Services (Dr Ahmad Nazib bin Alias dan Rosliza Ali), Kriteria 4 – Academic Staff (Rosmawati Abdul Aziz dan Mohamad Hafiz bin Ahmad Tajudin), Kriteria 5 – Educational Resources (Dr Nurul Izza Taib dan Rabiatul Adawiyah binti Abdul Wahab), Kriteria 6 – Programme Management (Adibatul Husna binti Fadzil dan Dzulsuhaimi Daud) dan Kriteria 7 – Programme Monitoring, Review and CQI (Siti Hajar binti Noor Alshurdin dan Umi Kalsum Abdul Karim).

Penyediaan dokumen akreditasi ini telah dimulakan sejak 11 Januari 2023, di mana kesemua penulis telah mengisi borang Part C: Assessment Programme Report dan melengkapkannya dengan dokumen bukti bagi kriteria-kriteria yang berkenaan. Borang yang lengkap beserta dokumen bukti telah diserahkan kepada Unit Hal Ehwal Kurikulum, UiTM Cawangan Perak untuk semakan awal pada 16 Februari 2023. Setelah disemak, ada sedikit pembetulan dan pemurnian yang harus dilakukan. Dengan itu, bengkel pemurnian yang diadakan ini berjaya dilaksanakan bagi melengkapkan dan memurnikan penyediaan dokumen IQA-01. Borang dan dokumen yang lengkap di akhir bengkel ini dijangka akan dihantar pada 18 Ogos 2023 ke Unit Hal Ehwal Kurikulum, UiTM Cawangan Perak. Sebagai kesimpulan, peserta-peserta bengkel memperolehi pemahaman yang jelas tentang proses penyediaan dokumen IQA-01 dan berhasil melengkapkan borang serta dokumen bukti dengan jayanya.

Penulis: Dr Nurul Izza Taib, Rosmawati Abdul Aziz, Adibatul Husna binti Fadzil, Dr Ahmad Nazeer bin Che Mat, Dr Ahmad Nazib bin Alias, Dzulsuhaimi Daud, Dr Low Kim Fatt, Mohamad Hafiz bin Ahmad Tajudin, Noor Fadhilah binti Muhamad Sahapini, Rabiatul Adawiyah binti Abdul Wahab, Dr Rafael Julius, Rosliza Ali, Dr Saiyidah Nafisah binti Hashim, Siti Hajar binti Noor Alshurdin, Dr Siti Mazleena Mohamed dan Umi Kalsum Abdul Karim