Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah menyempurnakan perasmian pelancaran Persatuan Gerakan Pengguna Siswa UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah sempena Program Jelajah Rahmah dan Townhall Menteri KPDN Bersama Rakyat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar pada 17 Jun 2023. Persatuan GPS telah ditubuhkan pada 2019 dengan kekuatan 14 pelajar sebagai penggerak awal persatuan. Sehingga kini, GPS telah mengumpulkan 70 pelajar berdaftar sebagai ahli aktif KPDN negeri Perak.
Pelbagai program telah dijalankan bermula pada penubuhan persatuan antaranya Let’s be Aware with KPDNHEP, Webinar Perkongsian Penipuan Pembelian Kereta dan Barangan Tiruan, e-Talk Kepenggunaan with KPDNHEP, Webinar Kenali Tribunal Tuntutan Pengguna, Webinar Pengaruh Media Sosial dan Kesan Online Cheating, Smart Knowledge Informative I & II, Protect Our Earth, Pertandingan Inovasi Bahan Kitar Semula, Karnival Bumi Kita Punya dan terkini sesi Ceramah Alam Sekitar bersama Jabatan Alam Sekitar negeri Perak.
Sebagai duta kecil kementerian, ahli GPS berperanan memperluas program melibatkan kepenggunaan khususnya kepada pelajar IPT. Sudah tentulah ahli GPS ini telah dilatih oleh kementerian dan mereka akan kekal membantu menyemarakkan program tersebut agar generasi belia yang rasional, bijak dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan berkaitan pembelian dan peka akan hak pengguna dapat dibentuk.