SHAH ALAM, 20 Julai 2023 – Program Chit-Chat: Bersama Pakar Psy telah berlangsung pada 20 Jun 2023 di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa (APB), Bangunan Korea, bermula dari jam 8 pagi hingga 3 petang. Program ini dihadiri oleh Dr. Muhammad Zaidi selaku Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar APB dan Dr. Mohammad Firdaus dari Hospital Queen Elizabeth selaku penceramah program, para staf dan pelajar APB turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan kesihatan mental kepada para audiens. Selain itu, Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) turut diedarkan untuk diisi oleh para audiens sebagai sesuatu aktiviti untuk dilakukan bersama sesi soal jawab sebelum program berakhir.
Program ini merupakan satu tindakan yang positif menuju ke arah kesihatan mental yang lebih baik.