Program yang diberi judul “Zumba Neon” ini telah diadakan pada 25 Mei 2022 bermula pada jam 8:30 malam sehingga jam 10:00 malam bertempat di Dewan Serba Guna (DSG) Kolej Jasmine. Lokasi program ini telah ditukar dari perkarangan blok Jasmine 2 dan Jasmine 3 ke dalam DSG, hal ini kerana pada waktu petang hujan telah turun menyebabkan proses penyediaan teknikal tergendala.
Program ini bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat meluangkan masa mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti sukan dan senaman secara berkala. Hal ini kerana semasa sesi kuliah, pengajaran dan pembelajaran secara berlebihan dapat memberi tekanan kepada pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelekMenurut ketua program iaitu Muhammad Eikmal Bin Mohd Badrul serta penasihat program iaitu Puan Fazira Binti Abdul Razak, telah menyatakan program ini berjaya memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan keseimbangan kesihatan fizikal dan mental. Kecergasan fizikal para peserta dapat dijamin walaupun dalam masa yang singkat.
Para peserta juga telah diberi peluang untuk beramah mesra bersama para peserta yang lain di samping dapat menambah kenalan baharu.