📣📣Perhatian buat semua lepasan SPM 2020-2015:
Permohonan kemasukan ke program Pra Diploma UiTM adalah secara ONLINE/ATAS TALIAN.
🌟 Permohonan ke program Pra Diploma UiTM kali ini adalah secara dalam talian. Permohonan dibuka melalui pautan https://online.uitm.edu.my/ppt bermula 01 Disember 2021 (Rabu)
🌟 Permohonan adalah dengan menggunakan no pin UiTM yang diperolehi secara PERCUMA.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
📍 Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
📍 Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)
📍 Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003) 🆕
📍 Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002) 🆕
📍 Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002) 🆕
3 LANGKAH MUDAH PERMOHONAN👇
1️⃣Hubungi pihak UiTM terdekat contohnya lepasan SPM dari negeri sekitar Selangor / Kuala Lumpu boleh terus menghubungi UiTM Shah Alam dengan cara email/call untuk mendapatkan no pin PERCUMA. Disarankan menggunakan email dengan menyatakan Nama Penuh, No Telefon dan No IC pelajar.
📲EMAIL: pptshahalam@uitm.edu.my
📲NO TEL : 03-5521 1416
2️⃣Sila layari laman sesawang online.uitm.edu.my untuk membuat permohonan. Simpan/cetak maklumat permohonan.
3️⃣Emailkan maklumat permohonan & dokumen-dokumen yang telah disahkan.
Email: pptshahalam@uitm.edu.my atau Cawangan PPT yang terdekat (Mengikut alamat tinggal semasa)
👩🎓Bagi mendapat info yang lebih lanjut berkaitan program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) & info terkini berkenaan hebahan sistem permohonan online jom kita layari laman sesawang rasmi PPT UiTM di link berikut:
https://pppt.uitm.edu.my @ online.uitm.edu.my
👩🏻🎓👨🏻🎓Kategori kemasukan pelajar:
✔️PPT B40( pendapatan keluarga bawah RM5000)
✔️PPT BUKAN B40 (pendapatan keluarga melebihi RM5000)
✔️PPT ATLET BERPRESTASI TINGGI
✔️PPT ORANG ASLI