Program “Kami Prihatin” Jabatan Fizik dan Sains Bahan (UiTM Kampus Kuala Pilah) ke PDK Seri Menanti

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Menanti didiami oleh 16 orang pelatih dalam lingkungan umur bawah 12 tahun dan atas umur 18 tahun. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan, kehadiran pelatih ke PDK Seri Menanti adalah mengikut sistem penggiliran dan diselia oleh 4 orang guru yang terlatih.

Pada 7 Oktober 2021, seramai 4 pensyarah yang mewakili Jabatan Fizik dan Sains Bahan UiTM Kampus Kuala Pilah telah menyampaikan hasil sumbangan warga Jabatan Fizik dan Sains Bahan berbentuk wang tunai RM450 dan kotak ceria (bahan kering) kepada wakil PDK Seri Menanti.

Dalam pertemuan ini juga, perancangan program seterusnya turut dibincangkan iaitu mengadakan aktiviti bersemuka antara staf Jabatan Fizik dan Sains Bahan bersama warga PDK Seri Menanti. Cadangan aktiviti adalah yang melibatkan penggunaan anggota badan pelatih seperti demonstrasi mudah melibatkan subjek sains yang akan melibatkan pelatih, cikgu dan ibu bapa pelatih. Sebarang maklumat terkini berkenaan program akan datang, akan disampaikan kepada Puan Fatimah selaku wakil PDK Seri Menanti.