Program Motivasi Secara Maya Bersama Pengarah Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)

PERMATANG PAUH, 2 November 2021 – Seramai 258 Pelajar Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Pulau Pinang teruja dalam sesi motivasi bersama Pengarah PPT, Prof Madya Dr Aini Jaapar yang dijalankan secara maya menerusi platform Facebook Live. Sesi motivasi ini merupakan program wajib setiap semester yang akan disampaikan sendiri oleh Pengarah PPT UiTM kepada semua pelajar PPT UiTM SeMalaysia. Walaupun masih lagi dalam fasa pemulihan negara dan para pelajar masih berada di kediaman masing-masing, sesi motivasi ini tetap dapat dijalankan dan ternyata ia memberi keturujaan kepada para pelajar.

Para pelajar buat pertama kalinya dapat mendengar secara langsung lontaran kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang berguna daripada Pengarah PPT untuk mereka adaptasi dalam cabaran mengharungi sesi pengajaran dan pembelajaran secara “jarak jauh” atau Open Distance Learning (ODL) semester ini.

Antara kata-kata yang dikongsikan oleh para pelajar PPT UiTM Cawangan Pulau Pinang ialah:
“Tetaplah berusaha untuk mencapai kejayaan demi masa hadapan”-Nurin Natasya Norizam
“Biar penat belajar daripada penat tidak belajar”-Muhammad Naiem Huzaiman
“With hard work and effort, you can achieve anything”-Azraliyana
“Make our dream comes true”-Fatin Khaleeda
“Kegagalan tak menjamin masa depan yang penting adalah usaha. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya”-Shahmyhaikal
“Adab dulu baru ilmu”-Nurul Huda Hayati
“There is no secret to success. It is the results of preparation, hard work and learning from failure”-Ayu Atikah Ayob

.

Sesi motivasi berlangsung selama 2 jam dan ia satu tempoh yang sangat berguna kepada semua pelajar. Usai tamat sesi motivasi, beberapa pelajar terus memberikan pandangan yang sangat positif. Semoga semangat Pengarah PPT akan terus menjadi pendorong dan memberi momentum terbaik buat semua pelajar PPT terutamanya kepada pelajar PPT UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus berjaya menempatkan diri mereka ke program diploma pada semester hadapan.