Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) – Bengkel ‘Teens Talk’

Program Teens Talk Siri 2 bertarikh 13 Januari 2021 bertempat di LT5, UiTM Cawangan Perlis telah berjalan dengan jayanya. Penglibatan & Pengisian Program oleh Pn Hjh Rozainun Mahmod selaku Ketua Unit Kerjaya & Kaunseling dalam Slot 1: Ceramah Kesihatan Mental : Realiti vs Persepsi, Cik Nur Izzati binti Abdul Ghafar  (Kaunselor Pelatih UMT) sebagai Fasilitator dan Cik Nur Aqilah binti Ismail ( Kaunselor Pelatih UMT sebagai Fasilitator (Slot 2: Rumah Kaca) .

Bengkel yang disertai oleh 85 orang pelajar Pra Diploma dan juga koordinator PPT iaitu Tuan Haji Zulkifli Mansor ini bertujuan untuk membina kemahiran komunikasi dalam kalangan mereka. Memandangkan mereka tiada kelas secara fizikal sejak kedatangan mereka ke UiTM Cawangan Perlis, menyebabkan sebahagian besar mereka masih tidak mengenali dan merasa janggal antara satu sama lain. Sehubungan itu terdapat beberapa isu kemahiran interpersonal dalam kalangan mereka seperti malu, kurang keyakinan diri dan menjadikan komunikasi negatif sebagai amalan ketika berinteraksi dengan rakan-rakan.