World Sight Day 2020 Anjuran Persatuan Pelajar Optometri (Optimist) UiTM Kampus Puncak Alam

PUNCAK ALAM – Program WORLD SIGHT DAY 2020 (WSD ‘20) merupakan program tahunan yang dianjurkan bersempena dengan Hari Penglihatan yang diadakan di seluruh dunia. Program ini telah berlangsung selama tujuh hari iaitu pada 22 sehingga 28 November 2020. Cabaran ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19, Program WSD ’20 tidak dapat dilakukan secara bersemuka seperti tahun-tahun yang lalu. Oleh itu, pihak penganjur mengambil inisiatif untuk meneruskan program ini secara maya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan kesedaran mengenai penyakit mata yang sering dihadapi oleh masyarakat serta menyampaikan kepentingan penjagaan kesihatan mata kepada orang ramai. Matlamat program ini juga adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar Optometri UiTM bagi menyebarkan ilmu yang telah mereka pelajari kepada masyarakat luar.


Tema World Sight Day pada tahun 2020 adalah Hope in Sight

Terdapat pelbagai aktiviti dalam talian yang telah dianjurkan oleh Persatuan OPTIMIST sepanjang program ini berlangsung. Antaranya adalah sharing session (sesi perkongsian) mengenai penyakit mata, pertandingan kuiz serta poster. Sharing session dijalankan di Instagram rasmi OPTIMIST iaitu @optimistuitm selama 6 hari. Pelbagai tajuk menarik berkaitan mata telah dikongsikan seperti juling (strabismus), mata malas (amblyopia), silau (astigmatism), chalazion, kanta lekap (contact lens), rabun jauh (near-sightedness) serta rabun dekat (far-sightedness).

Astigmatisma atau silau berlaku apabila penglihatan seseorang menjadi kabur

 


Strabismus atau lebih dikenali sebagai juling dalam kalangan masyarakat

Tambahan pula, maklumat dan perkongsian daripada sharing session tersebut turut disertakan di dalam pertandingan kuiz WSD ‘20 yang diadakan pada 26 dan 27 November 2020 di platform Quizziz. Pertandingan kuiz ini disambut meriah oleh para pelajar. Selain itu, para pelajar juga dapat menyerlahkan bakat mereka melalui pertandingan poster WSD ‘20 yang bertemakan Hope in Sight. Penyertaan bagi pertandingan kuiz dan poster adalah terbuka kepada semua pelajar UiTM Puncak Alam.

Karya daripada saudara Afiq Rifhan daripada Fakulti Perniagaan dan Pengurusan

Kesimpulannya, matlamat dan objektif program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan semoga semua pihak yang terlibat dapat mengimplikasikan manfaat daripada program ini.