UiTM@Komuniti Bantu Front Liner dan Komuniti Cegah Pandemik

 

Arau, Khamis 15 Oktober 2020 – Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis melalui Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat,Alumni dan Keusahawanan (PJIM&A)telah menganjurkan program UiTM@Komuniti. Program bersifat Corporate Social Responsibility (CSR) bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk penghasilan face shield, dan mengedarkan pelitup muka (face mask), sanitasi tangan (hand sanitizer) dan tisu basah (wet tissue). Face shield yang dihasilkan akan disalurkan kepada beberapa hospital berdekatan seperti Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Program UiTM@Komuniti ini juga membuat pengedaran pelitup muka (face mask), sanitasi tangan (hand sanitizer) dan tisu basah (wet tissue) kepada para pelajar sekolah di sekitar negeri Perlis dan negeri Kedah. Ini adalah selaras dengan usaha untuk membudayakan pemakaian pelitup muka di kalangan komuniti terutamanya pelajar sekolah.

Rektor UiTM Cawangan Perlis, YBhg. Professor Dr Hj Khudzir Hj Ismail berkata, program UiTM@Komuniti ini dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah penghasilan 3600 keping face shield, dimana penghasilan face shield tersebut adalah hasil daripada kutipan sumbangan daripada warga UiTM Cawangan Perlis. Lebih menarik, penghasilan face shield ini adalah hasil kerjasama erat daripada lebih 100 warga UiTM Cawangan Perlis. Untuk peringkat kedua, melalui program UiTM@Komuniti akan mengedarkan 1000 face mask dan hand sanitizer kepada komuniti setempat merangkumi pelajar sekolah di negeri Perlis dan negeri Kedah.

Tambahan beliau, tercertusnya idea untuk menjalankan program UiTM@Komuniti ini adalah disebabkan oleh keadaan semasa pandemik Covid-19 yang sedang meningkat naik, dimana fenomena ini memberi impak yang besar kepada pelbagai sector termasuklah ekonomi, sosial dan pendidikan. Selain, kata beliau, program ini juga adalah sebahagian daripada tindakan proaktif UiTM Cawangan Perlis dalam membantu kerajaan dalam melaksanakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang telah dilancarkan pada 8 Ogos 2020 yang mensasarkan kepada peningkatan kesedaran kawalan kendiri, pematuhan SOP serta pembudayaan norma baharu dalam kalangan komuniti terutamanya para pelajar.

Program UiTM@Komuniti kali ini turut melibatkan industri iaitu Baby Organic, kath + belle, dan Janio Asia yang turut menyumbang di bawah konsep tanggungjawab korporat sosial.  Melalui penglibatan ini, Baby Organic telah menyumbangkan 1500 botol hand sanitizer dan 500 set wet tissues serta Janio Asia yang telah menyumbangkan khidmat penghantaran barang-barang secara percuma kepada pihak UiTM cawangan Perlis untuk melaksana program UiTM@Komuniti.

Semoga, dengan adanya program UiTM@Komuniti akan dapat dikembangkan lagi dalam konteks yang dapat memberi impak dan manfaat kepada komuniti.

Liputan RTM :- https://youtu.be/u5vUhYqvmXQ