Satu webinar telah dianjurkan oleh Pejabat Akademik, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknology MARA, Shah Alam dan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang. 30 Jun 2020 (9.30 pagi – 12.30 tgh) untuk pihak berkepentingan dari UiTM.
Tujuan webinar ini dianjurkan adalah untuk menerangkan tentang satu ETAC Standard 2020 yang baru dan cara untuk menyediakan Laporan Interim/Continuing bagi program Kejuruteraan di UiTM Seramai lebih kurang 120 orang staf UiTM dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Elektrikal, Mekanikal dan Kimia telah hadir menggunakan MT platform serta FB dan youtube live.
Panel yang terlibat adalah Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam yang juga merupakan Pengarah Bersekutu (Awam) Jabatan Akreditasi Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia iaitu; Prof. Madya Dr. Ir. Che Maznah Mat Isa dari Universiti Teknologi MARA, UiTM, Shah Alam.
Moderator bagi Webinar ialah Dr. Suhailah Mohamed Noor yang merupakan pensyarah kanan dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pulau Pinang. Prof. Madya Dr. Che Khairil Izam, Timbalan Dekan Akademik turut hadir memberikan kata-kata aluan dan sokongan kepada webinar ini.