Jom Sertai IIMOS 2020!!
International Information Management Online Showcase (IIMOS 2020)
Program pertandingan antarabangsa inovasi secara maya (virtual) anjuran UiTM Cawangan Kelantan bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Peluang keemasan bagi peserta untuk mempamerkan dan berkongsi kreativiti serta idea kepada umum.
Rebut peluang memenangi pelbagai anugerah dan hadiah yang ditawarkan dan pastinya sijil penyertaan elektronik.
Terbuka kepada umum khususnya agensi kerajaan/swasta, industri, serta warga pusat pengajian tinggi, dan sekolah.
Yuran penyertaan yang murah.
Program dijalankan selama 3 bulan bermula 15/7/2020- 15/10/2020.
Cara Penyertaan:
Daftar projek inovasi di laman sesawang IIMOS 2020.
Pihak penganjur akan mengeluarkan surat pengesahan penerimaan projek.
Peserta perlu mempersembahkan projek inovasi mereka dalam bentuk video yang dimuat naik ke dalam mana-mana storan internet (Google Drive, Dropbox, One Drive, dsb) dan perlu dihantar capaian tersebut kepada penganjur.
Peserta memuat naik bukti pembayaran, capaian kepada video projek inovasi dan dokumen sokongan lain melalui laman sesawang IIMOS 2020.
Pihak penganjur akan memuat naik video projek inovasi peserta ke YouTube Channel setelah membuat pengesahan pembayaran.
Peserta boleh mempromosikan video masing-masing bagi memenangi anugerah “Most Outstanding Video Award”.
Keputusan pertandingan oleh panel juri akan diumumkan melalui IIMOS 2020 YouTube Channel, laman sesawang IIMOS 2020, dan melalui emel.
Keputusan panel juri adalah muktamad dan tidak boleh dibuat sebarang rayuan.
Tarikh-tarikh Penting
Tempoh Pertandingan
15 Julai 2020 – 15 Oktober 2020
Tarikh Tutup Penyertaan & Bayaran Yuran
15 Oktober 2020
Tempoh Penjurian
16 Oktober 2020 – 30 Oktober 2020
Pengumuman Keputusan
30 November 2020
Kami tunggu pendaftaran penyertaan anda semua…JOMMM
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://iimos2020.uitmkelantan.com/