Date : 21 March 2015
Time : 8:30 a.m. to 5:00 p.m.
Venue : Faculty of Architecture Planning & Surveying (FSPU), UiTM Shah Alam

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) akan menganjurkan HARI TERBUKA FSPU dengan tema “SATU HARI DI FSPU: KE ARAH KERJAYA SEPANJANG HAYAT” pada 21 Mac 2015 (Sabatu) dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.

Pelbagai aktiviti berkaitan telah dirancang untuk meningkatkan kesedaran orang awam termasuk pelajar lepasan STPM/SPM/Matrikulasi/Diploma mengenai bidang-bidang pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti.  Ini termasuk penerangan yang akan diberi oleh Ketua Pusat Pengajian, para alumni dan pelajar.  Bidang kerjaya dan prospek kerjaya yang akan diceburi selepas tamat pengajian.  Di samping itu juga, pameran hartanah, pembinaan dan produk-produk komersial lain turut diadakan.
Semua dijemput hadir.

0
0