
Tahniah kepada 5 pelajar Fakulti Pendidikan yang telah menerima Sijil Kejurulatihan Bolasepak Akar Umbi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kelima-lima pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan Kepujian ini telah mengikuti Kursus Kejurulatihan Akar Umbi Wanita FAM anjuran FAM pada 14 dan 15 Disember 2019 yang lalu.
Pelajar-pelajar terbabit adalah:
- Aqilah binti Anuar
- Siti Nur Natasya binti Muhamad Said
- Dorothy Usun Dungo
- Nur Izzaty Athirah binti Rohaizat
- Nur Syahirra Hanis binti Mohd Anifa

Kursus kejurulatihan tersebut telah dikendalikan oleh Jurulatih Pembangunan Akar Umbi Tahap 1 FAM, Leila Chua dan dibantu oleh Cassandra Jeremiah. Turut hadir semasa upacara penyampaian sijil adalah EXCO FAM merangkap Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Shafizah Umamah Abdul Mutalib.
*Gambar-gambar ihsan daripada laman rasmi FAM
0
1