48 pelajar sertai pertandingan Malaysia Speaking Minds 2018

BARISAN pemenang Malaysia Speaking Minds Competition 2018. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Seramai 48 pelajar universiti awam dan swasta mengambil bahagian dalam pertandingan Malaysia Speaking Minds 2018 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program anjuran bersama antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM kampus Kuala Pilah dan Kelab Bahasa Inggeris, Eagles Club itu dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar universiti berkenaan, Mohd. Zulhilmi Mohd. Yunus.

“Selain itu, ini juga bermatlamat mencabar tahap pemikiran pelajar selain memperkasakan mutu serta kemahiran pembentangan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

MOHD. ZULHILMI MOHD. YUNUS (barisan depan, tengah) bersama tetamu yang hadir memeriahkan pertandingan Malaysia Speaking Minds 2018 di UiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Pada program yang disertai oleh pelajar dari UiTM, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), Quest International University dan Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) itu, Nurul Aqilla Mazlan dari UiTM kampus Shah Alam muncul sebagai juara pertandingan menerusi pembentangannya yang bertajuk ‘The Future Technology: Supercapattery’.

Naib johan pula diraih oleh Puteri Nurdiana Asyiqin Ruslan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET) menerusi tajuk ‘OPF Cement Board’ manakala tempat ketiga dimenangi Siti Nursyazana Sazali dari UiTM kampus Kuala Pilah dengan tajuk ‘How To Eat Healthy: Colocasia Esculenta?’.

Pertandingan itu membariskan enam juri dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Politeknik Muadzam Shah, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Malaysian Nuclear Agency dan Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC). – UTUSAN ONLINE

BARISAN Ahli Jawatankuasa lelaki yang menjayakan pertandingan Malaysia Speaking Minds 2018. – UTUSAN ONLINE
BARISAN Ahli Jawatankuasa wanita ketika menjayakan pertandingan Malaysia Speaking Minds 2018. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Nik Hafizul Baharuddin
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/48-pelajar-sertai-pertandingan-malaysia-speaking-minds-2018-1.729640#ixzz5OJqw97xs
© Utusan Melayu (M) Bhd

0
0