40 pelajar UiTM Kedah sertai Perdana Ukhwah

Seramai 40 pelajar UiTM Cawangan Kedah bergambar selepas menyertai program Perdana Ukhwah di Merbok, Kedah baru-baru ini.

Seramai 40 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kedah dengan kerjasama Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok menyertai program khidmat masyarakat berskala mega, Perdana Ukhwah yang berlangsung di beberapa kawasan sekitar Merbok, Kedah baru-baru ini.

Menurut Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM, Dr. Abdul Majeed Ahmad, program selama tiga hari itu bermatlamat mendekatkan fungsi dan peranan UiTM khususnya cawangan Kedah kepada masyarakat dan persekitaran kampus.

Antara program yang dianjurkan adalah gotong-royong di Kampung Che Bema dan kawasan Pantai Tanjung Dawai, program akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai serta program berbentuk kebajikan, kerohanian serta kesukarelawanan.

Sumber:
http://www.kosmo.com.my/komuniti/40-pelajar-uitm-kedah-sertai-perdana-ukhwah-1.893749

0
0