35 Pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Fakulti Pendidikan Bakal Bergelar Pengadil Bolasepak Kebangsaan

Baru-baru ini, seramai 35 orang pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor telah menyertai Kursus Kepengadilan dan Peperiksaan Bolasepak Kelas 3. Program yang berdurasi 5 hari ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PHYSED), bersama dengan Akademi Bolasepak Negara UiTM-KPM-FAM dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kursus seumpama ini julung kali diadakan melibatkan pelajar universiti, dan lebih menarik lagi 4 orang pelajar perempuan turut sama dalam kursus ini. FAM telah menghantar 2 instruktor yang berpengalaman dalam bidang kepengadilan bolasepak di peringkat antarabangsa iaitu Encik Kasim Bacha dan juga Encik Nagoor Mera sepanjang 5 hari kursus berkenaan.

Selain daripada itu, satu set pakaian telah disumbangkan oleh Kaki Jersey kepada semua peserta terlibat sebagai menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan martabat bolasepak negara. Dengan program ini, maka para pelajar bukan sahaja bakal menjadi guru sukan malahan akan terlibat sama dalam bidang kepengadilan bolasepak negara.

1
0