24,662 graduan terima anugerah dalam Konvokesyen UiTM ke-89

Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-89

SHAH ALAM – Seramai 24,662 graduan akan menerima anugerah masing-masing pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-89 yang bermula 20 Oktober hingga 28 November ini.

Koordinator Perhubungan Media UiTM, Firdaus Abd. Hanan berkata, di kampus induk UiTM Shah 0Alam, sebanyak sembilan sidang dijadualkan akan berlangsung bermula dari Sabtu ini, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC).

“Pada sidang pertama Sabtu ini, akan berlangsung Majlis Penganugerahan Gelaran Profesor Emeritus kepada Prof. Datuk Dr. Khalid Yusoff iaitu Mantan Dekan Fakulti Perubatan UiTM. Selain itu, pada sidang yang sama juga, akan diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Graduan Terbaik (AGT) UiTM,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Firdaus berkata, selain di UiTM Shah Alam, 56 sidang konvokesyen lain akan berlangsung di cawangan Terengganu membabitkan seramai 1,049 graduan, cawangan Perlis (1,417), cawangan Kelantan (1,467), cawangan Kedah (969) dan cawangan Melaka (2,384).

Selain itu, cawangan Sabah (641), cawangan Perak (1,803), cawangan Negeri Sembilan (1,632), cawangan Pahang (1,407), cawangan Sarawak (1,604), cawangan Johor (1,441) dan cawangan Pulau Pinang (1,140). – K! ONLINE

 

Oleh: Abdul Razak Idris
Sumber: http://www.kosmo.com.my/negara/24-662-graduan-terima-anugerah-dalam-konvokesyen-uitm-ke-89-1.770056

0
0