UiTM Cawangan Selangor Lahirkan Komander Muda Berwibawa Melalui LIBK

PUNCAK ALAM, 25 MEI 2025 – Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah berjaya menganjurkan Majlis Perbarisan Tamat Latihan, Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri Ke 57 Tahun 2025 yang berlangsung selama 12 hari. Majlis ini diadakan bagi meraikan 70 anggota Bakal Komander yang dianugerahkan pangkat Komander Rendah Muda yang melibatkan pelbagai gabungan fakulti daripada Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana.

Hadir menyempurnakan perasmian adalah YBrs. Profesor Dr. Norazmir Md. Nor, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Selangor, mewakili Rektor. Antara pengisian program ialah latihan kawad, pertolongan cemas, latihan ikhtiar hidup, berakit dan berkayak, tali tinggi, tempur tanpa senjata (TTS) dan kursus pengucapan awam. Tujuan latihan ini diadakan bagi meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan rohani melalui pelbagai aktiviti dan pengisian sepanjang latihan ini.

Program ini wajar dipuji kerana berjaya menyediakan platform latihan yang menyeluruh dan berimpak tinggi dalam membentuk sahsiah, kepimpinan serta ketahanan diri pelajar. Ia turut mencerminkan komitmen UiTM dalam melahirkan graduan yang holistik, berkemahiran dan memiliki pemikiran kritis

Penulis: Noorizan binti Che Rashid & Inarah Ajhar
Editor: Nor Azyyati Md Saad