PTAR UiTM Puncak Alam Sambut Kunjungan Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu UiTM

PUNCAK ALAM, 29 MEI 2025 – UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan dari Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu UiTM, YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan bersama YBrs. Prof. Dr. Amer Shakir, Penolong Naib Canselor Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM dan Dr. Nor Hafizah Ibrahim, Timbalan Pendaftar Jabatan Pemerkasaan Adiwangsa, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Alam. 

Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bagi program kerjasama pada masa akan datang, disusuli dengan lawatan ke bilik koleksi khas iaitu Bilik 3R yang merangkumi tema Royal, Race and Religion. Hadir menyantuni kunjungan adalah YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, mewakili Rektor. 

Kunjungan ini telah membuka ruang kepada kolaborasi strategik yang akan datang dalam memperkukuh jati diri warga UiTM serta komuniti melalui penghayatan nilai-nilai teras Melayu, Islam dan Institusi Beraja. PTAR komited untuk menjadi sebagai pusat rujukan dalam pemerkasaan ilmu bagi pembentukan adiwangsa seiring aspirasi UiTM membentuk generasi berilmu, beradab dan berprinsip.

Penulis: Amir Muhamad Shafie 

Editor: Nor Azyyati Md Saad