Jengka, 28 Mei 2025 – Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT), UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah berjaya menganjurkan program Office Management & Community Outreach (OM&CM): Building Through Knowledge pada 10 hingga 11 Mei 2025.Program ini telah berlangsung di Mydin Mall, Bandar Tun Razak, Jengka Pahang & UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub. Program ini berjaya menghimpunkan masyarakat dan komuniti setempat serta kawasan berdekatan di sekitar Jengka dan Raub bagi memperkenalkan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka khususnya Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi Pejabat (PPPT).
Program ini dianjurkan bertujuan memperkenalkan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi (PPPT) serta program-program yang ditawarkan kepada pihak komunti setempat serta memupuk semangat kerjasama dan saling memerlukan di antara UiTM dan masyarakat setempat.
Maklum balas positif diterima daripada pihak peserta iaitu terdiri daripada pengunjung sekitar masyarakat setempat sangat diperlukan dan membantu pihak UiTM untuk meneruskan lagi program-program sebegini di masa akan datang.
Program ini selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) UiTM, khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamarataan). Ia turut menyumbang kepada pencapaian penunjuk prestasi universiti PI075 dan PI079. Diharapkan program ini dapat diteruskan di daerah lain bagi memperluas akses kepada maklumat pendidikan berkualiti.
Penulis : Nor Farhana Mohd Azmi, Azmi Salim, Naliza Solat, Rozita Mengen Mohd Azizul Sulaiman