Perkongsian Ilmu Rentas Sempadan : UiTM Jayakan Kuliah Lestari di Indonesia

Jakarta, 10 Jun 2025 –Inisiatif ilmu rentas sempadan terus diperkasa apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Kuliah Lestari berjaya melaksanakan program perkongsian ilmu di dua institusi pengajian tinggi tersohor di Indonesia, iaitu Universitas Pamulang (UNPAM) dan Universitas Indonesia (UI) pada 6 Mei 2025.

Peluang menyumbang kepakaran akademik di peringkat global itu disambut baik oleh kedua-dua universiti rakan strategik di Jakarta, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama Malaysia–Indonesia dalam bidang keilmuan dan pembangunan akademik serantau.

Seramai lima orang pensyarah telah menyertai sesi kuliah tersebut, terdiri daripada seorang pensyarah daripada UiTM Cawangan Sarawak, iaitu Sr Dr Noraziah Wahi (Program Ukur Bahan) dan empat pensyarah daripada UiTM Cawangan Perak, iaitu Prof. Madya Sr Dr Asmalia Che Ahmad (Program Ukur Bahan), Dr Asniza Hamimi Abdul Tharim (Program Ukur Bahan) Dr Suryani  Ahmad (Program Pembinaan), dan Dr Muhammad Anas Othman (Program Rekabentuk Dalaman).

Pelaksanaan Siri Kuliah Lestari ini telah berjaya menyumbang kepada pencapaian Petunjuk Prestasi utama universiti, khususnya PI076  – Number of Knowledge Transfer Programme  (KTP), dan PI079Number of Communities Receiving/Benefiting from the Knowledge/Technology Diffusion Projects.

Lima tajuk kuliah ilmiah telah disampaikan dengan cemerlang, merangkumi bidang kejuruteraan, seni bina lestari dan pengurusan pembinaan, iaitu The Introduction: Sustainable Neighbourhood for Housing Area (Sr Dr Noraziah Wahi), Risk Management for Road Maintenance Work Towards Safety of Workers (Prof Madya Sr Dr Asmalia Che Ahmad), An Insight into Biophilic Design Strategies and Occupants’ Perceived Psychological Performance in Malaysia Green-Rated Office Building (Dr Asniza Hamimi Abdul Tharim), Exploring Lean Approach in Improving IBS Production Productivity (Dr Suryani Ahmad) dan Sustainable Design in Asia : Contextual Perspective and Practice (Dr Muhammad Anas Othman)

Pelaksanaan program ini telah membuka ruang kepada para pensyarah UiTM untuk memperluas pengetahuan dan kepakaran masing-masing secara holistik di peringkat antarabangsa, di samping memperkukuh nama institusi melalui penglibatan dalam platform akademik global. Inisiatif ini turut memberi impak besar terhadap pembangunan pengalaman pendidikan yang lebih komprehensif, serta mengukuhkan reputasi UiTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang aktif dalam pemindahan ilmu secara rentas sempadan.

Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam konteks ini sekali gus mencerminkan keupayaan institusi pengajian tinggi serantau untuk berganding bahu dalam usaha membina masyarakat berilmu dan mampan selaras dengan agenda pembangunan lestari