Pemantapan Ilmu dan iIntegriti Warga UCS Melalui Taklimat Akta 173 dan Akta 605

PUNCAK ALAM, 26 MEI 2025 – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) UiTM Cawangan Selangor telah berjaya menganjurkan Kursus Pengukuhan Kompetensi Siri 3 : Perihal Undang-Undang Akta 173 (Penubuhan UiTM) dan Akta 605 : Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) dengan kehadiran 270 orang peserta terdiri daripada staf Kumpulan Pelaksana. Kursus yang merupakan kesinambungan daripada Kursus Pengukuhan Kompetensi Siri 1 & Siri 2 ini bertujuan memperkukuh dan memantapkan tahap pengetahuan, disamping meningkatkan tahap kompetensi staf UCS dalam melaksanakan tugas.

Sesi perkongsian disampaikan oleh panel jemputan Dr. Ikmal Hisham Bin Md. Tah, Koordinator Undang-Undang UCS dan Encik Mohd. Hafiz Ramlee, Pengarah Bahagian Integriti UiTM. Hadir menyantuni para peserta dan menyampaikan ucapan aluan adalah YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. 

Penganjuran kursus ini jelas menunjukkan komitmen UiTM Cawangan Selangor dalam memperkasa ilmu dan integriti warga kerja, khususnya dalam aspek pemahaman undang-undang yang berkaitan dengan tatatertib dan pentadbiran institusi. Diharapkan kursus seumpama ini dapat diteruskan bagi memastikan setiap staf sentiasa cakna, profesional dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan amanah dengan beretika.

Penulis: Wan Suzienani Wan Sulong & Inarah Ajhar

Editor: Nor Azyyati Md Saad