Shah Alam, 14 Mei 2025 – Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dalam satu lawatan penanda aras yang berlangsung baru-baru ini. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh peranan strategik HASA agar lebih selari dengan hala tuju serta keperluan semasa universiti.
Sepanjang lawatan tersebut, beberapa skop utama telah dibincangkan melibatkan aspek-aspek penting dalam pengurusan kualiti institusi, antaranya pengendalian akreditasi dan pensijilan, pengurusan dan pelaksanaan kumpulan inovatif dan kreatif (KIK), amalan tadbir urus pengurusan kualiti, dan penyelarasan peranan strategik HASA.
InQKA bukan sahaja berperanan sebagai pakar rujuk kualiti tetapi turut mencakupi inovasi. InQKA juga telah diberi mandat dalam meyemak serta memastikan akreditasi program baharu. Sesi libat urus ini telah membuka ruang kepada potensi kolaborasi lebih erat antara kedua-dua pihak, sekali gus dapat memperkukuh jaringan profesional serta menyemarakkan budaya kualiti dan inovasi secara berterusan dalam ekosistem UiTM.