Check In @ UiTM Raub: TECHXPERIENCE 2025 (Design With Canva)

Raub, 1 Mei 2025-Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Pahang (UCPh) telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama TECHXPERIENCE DAY pada 1 Mei 2025 yang lalu. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan digit dan digital kepada peserta yang terdiri daripada ahli komuniti (pelajar sekolah, IPT dan penduduk Raub) merangkumi rekabentuk digital, pemerkasaan Matematik melalui baking, dan e-sukan. Terdapat empat aktiviti yang dijalankan serentak dalam TECHXPERIENCE DAY ini iaitu “Bridging IT and Banking: Insights from Industry-Alumni”, “Baking with Maths”, “Design with Canva” dan pertandingan e-Sports.

Bengkel Design with Canva yang telah diadakan di UiTM Raub telah memberi pendedahan mengenai penggunaan asas-asas aplikasi Canva untuk reka bentuk poster. Bengkel ini telah disampaikan dengan jaya oleh Dr Juhaida Ismail, pensyarah Sains Komputer FSKM. Bengkel ini berlangsung selama 3 jam bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari di Makmal Komputer 4, Bangunan Sarjana. Seramai 28 orang peserta berumur 13 hingga 18 tahun telah menyertai bengkel ini. Para peserta ini terdiri daripada pelajar sekolah sekitar raub dan juga pelajar dari Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan (KVTAA), Bentong.

Kebanyakan para peserta memberikan penilaian positif terhadap penceramah dan pelaksanaan program ini. Selain itu, ibu bapa peserta juga memberi penilaian positif terhadap program ini dan mereka mahu FSKM meneruskan lagi program-program seperti ini untuk komuniti daerah Raub dan juga Bentong.