APTUm 2025: Usaha Pemantapan Tadbir Urus di UiTM Cawangan Selangor

PUNCAK ALAM, 4 JUN 2025 – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia telah berjaya menganjurkan Sesi Pembentangan Laporan Dapatan Audit Pematuhan Tadbir Urus dan Pengurusan Mesyuarat (APTUm) UiTM Cawangan Selangor bagi Tahun 2025 bertempat di Dewan Sri Alam, Hotel UiTM Kampus Puncak Alam. Program ini merupakan salah satu usaha ke arah penambahbaikan tadbir urus di UCS. 

Tujuan program ini diadakan untuk meneliti hasil dapatan audit yang telah dilaksanakan bermula dari Mac 2025 kepada 34 jawatankuasa di UCS, di samping mendengar maklum balas daripada PTJ yang terlibat. Hadir meluangkan masa, YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor bersama pihak pengurusan berbesar hati meraikan para Auditor, Setiausaha Jawatankuasa dan Ketua PTJ yang terlibat melalui Majlis Apresiasi Auditor dan Penyerahan Surat Penghargaan kepada Ketua PTJ serta Setiausaha bagi menghargai komitmen dan sokongan yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan APTUm ini.

Majlis ini bukan sahaja memberi ruang kepada penambahbaikan tadbir urus melalui semakan dapatan audit dan maklum balas yang diterima, malah turut menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan APTUm. Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada budaya tadbir urus yang lebih telus, berintegriti dan berakauntabiliti dalam memperkasa pengurusan UiTM Cawangan Selangor secara menyeluruh.

 

Penulis: Wan Mahsuri Wan Husin 

Editor: Nor Azyyati Md Saad