
PUNCAK ALAM, 15 MEI 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Peringkat Universiti Awam, Hospital Pengajar Dan MQA Suku Pertama Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim telah berlangsung di UiTM Cawangan Selangor. Lawatan Kampus Puncak Alam dan Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM turut diadakan bersempena kunjungan mesyuarat tersebut.
Hadir menyantuni dan menyambut kedatangan ahli mesyuarat yang terdiri daripada Barisan Pengurusan Kanan KPT, Naib Canselor Universiti Awam Malaysia, Bendahari dan Pengarah Hospital Pengajar adalah YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM, diiringi oleh YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor.



Penganjuran mesyuarat ini memperlihatkan dedikasi padu UiTM sebagai tuan rumah yang proaktif dalam menyokong pengurusan kewangan institusi pengajian tinggi awam. Ia turut memperkukuh jaringan profesional serta meningkatkan reputasi UiTM sebagai rakan strategik yang berdaya saing dan menyokong agenda pendidikan negara. Semoga usaha ini terus mengeratkan jalinan kerjasama antara UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Penulis: Nor Azyyati Md Saad & Inarah Ajhar
Editor: Nor Azyyati Md Saad
