Persidangan Pemimpin Residensi UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 10 Mei 2025 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah telah mengambil langkah proaktif dalam agenda memperkasa peranan mahasiswa di UiTM dengan mengadakan Persidangan Pemimpin Residensi  yang telah menghimpunkan wakil pemimpin mahasiswa Kolej Mabul, Kolej Mantanani dan Kolej Manukan yang terdiri daripada 24 orang JPK, 238 orang Ketua Bilik, 38 orang Ketua Aras dan  21 orang Ketua Blok bertempat di Dewan Al Bukhari, Ujana Sarjana, UiTM Cawangan Sabah.

Persidangan ini merupakan medium khas  bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan kepentingan pelajar kolej kediaman, peraturan kolej kediaman atau perancangan aktiviti pembangunan residen.  Selain itu, persidangan ini memberi ruang kepada barisan pemimpin pelajar untuk berbincang, membuat keputusan, dan merancang tindakan yang memberi manfaat kepada pelajar residen serta membantu pihak pengurusan kolej.

Melalui persidangan ini, para peserta dapat mewujudkan suasana kolaboratif antara pihak JPK sebagai Ketua Blok bersama Ketua Aras dan Ketua Bilik dengan tujuan untuk memperkukuhkan kepimpinan pelajar, membangun modal insan dan memperkasa jati diri,      Barisan Staf Residen Kolej (SRK) yang diketuai oleh Encik Mohd Khairun Hafizan Yusof, Encik Kaffali Pendik dan Puan Nurul Huda Roslan turut hadir bersama dalam memberi sokongan kepada pemimpin mahasiswa dan resolusi ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) dan dimajukan ke peringkat Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA.  Resolusi ini diharap dapat menambahbaik proses kerja dan penyampaian perkhidmatan serta melahirkan graduan yang berdaya saing dan holistik.

Penulis: Nurul Huda Roslan, Kaffali Pendik, Nurfaezah Abdu Halik