Lawatan Silaturrahim Manuskrip Melayu di Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya,Thailand

Narathiwat, 27 Februari 2025 – Kumpulan Special Interest Group (SIG) Filologi dan Etimologi Manuskrip Melayu (FilEMMel), Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah mengadakan Lawatan Ilmiah dan Mahabbah ke Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya. Muzium ini terletak di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand. Lawatan fasa pertama ini bertujuan untuk membina hubungan dan kerjasama dengan pihak muzium di samping untuk mengenal pasti bahan-bahan yang ada bagi tujuan penyelidikan.

Seramai 5 orang pensyarah (APB) yang merupakan ahli Kumpulan SIG (FilEMMel) telah mengikuti lawatan ini. Kehadiran kumpulan SIG (FilEMMel) disambut oleh Ketua Pentadbir Muzium iaitu Ustaz Muhammad Lutfi Ahmad Samae. Sepanjang sesi lawatan berlangsung, kumpulan SIG (FilEMMel) diiringi oleh staf muzium melawati ruang pameran yang ada di sana.

Lawatan ini diharapkan dapat mencetuskan semangat dalam memacu aktiviti penyelidikan universiti. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di tempat- tempat pengumpulan manuskrip lain bagi memelihara warisan yang semakin dilupakan oleh generasi kini. Sesungguhnya, terlalu banyak ilmu berguna yang terkandung dalam manuskrip lama yang perlu dibongkar dan disebarkan ilmunya.

Penulis: Nurul Afifah Adila Mohd Salleh, Muhammad Irfan Mhd Rusdi, Ibrahim Abdullah, Azhani Almuddin & Azhar Ab Wahab.