Kuala Pilah, 3 Mei 2025 – Seramai 116 peserta termasuk pelajar dan staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah telah menyertai program larian santai The Cerebrun 2025 anjuran Persatuan Ijazah Sarjana Muda Biologi (BIOSMARTEAM) sepanjang 5 kilometer. Acara yang berlangsung di Dataran Ilmu ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kampus.
Program larian ini unik kerana menggabungkan elemen puzzle pieces di checkpoint serta diakhiri dengan aktiviti mencantumkan puzzle pieces tersebut secara berkumpulan. Turut memeriahkan suasana ialah lontaran serbuk warna oleh para peserta sebagai simbolik penutup program.
Menurut Pengarah Program, Arrief Anakin Bin Mohd Ridzuan, The Cerebrun bukan sahaja menggalakkan kecergasan fizikal, malah menjadi platform untuk mengasah komunikasi, kepimpinan, dan semangat kerjasama antara pelajar. “Melalui konsep larian yang interaktif dan menyeronokkan, peserta dapat merasai kelainan serta mengukuhkan hubungan sesama mereka dalam suasana santai namun bermakna,” ujar beliau.
Penganjur menyasarkan agar The Cerebrun dijadikan sebagai acara tahunan dan dapat menarik lebih ramai penyertaan pada masa akan datang.