Kolaborasi Pelajar Pascasiswazah Dan Pengamal Industri Dalam Pembentukan Hala Tuju Pengajian Ke Arah Kerjaya Yang Lebih Mapan

SERI ISKANDAR, 15 Mei 2025 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif telah diadakan bagi pelajar Program Master of Science Green Architecture, Pusat Pascasiswazah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Program ini melibatkan kolaborasi bersama seorang Pengurus Kontrak dari Industri Tempatan dalam memotivasikan para pelajar pengajian di peringkat Sarjana iaitu Pn Norhiza Othman. Beliau memiliki Master In Management di International Islamic University Malaysia dengan 25 tahun pengalaman dalam dunia pekerjaan . Program yang bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10 malam secara di dalam talian ini dihadiri oleh 15  bakal graduan peringkat Sarjana.

Pengajaran kolaboratif ini menggunakan Model 2, iaitu dari individu yang berkepakaran dan bergraduat dalam peringkat Sarjana, dengan fokus pada kaedah penyampaian. Penekanan kolaborasi ini adalah menerapkan motivasi secara praktis di industri ke arah penyiapan diri untuk menamatkan pengajian dengan jayanya. Sesi ini adalah bertajuk ‘’Part Time Vs Full Time Study : Motivation Sharing By Industry Practitioners’’.

Sesi ini dijalankan dengan kaedah ‘’Two-way communication session, Guest Speaker encourages all the candidates to participate and open camera. The focuses are as below:

  1. What motivated your decision to pursue a master’s degree?
  2. What motivated your decision to pursue part-time or full-time study?’’

Program ini berjaya mencapai sinergi kepakaran, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos, dan perkongsian ilmu, serta meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap hala tuju pengajian dengan perkara-perkara 1) Passion 2) Commitment 3) Determination.