Kolaborasi Ilmu dari Pakar Ergonomik kepada Pelajar Pascasiswazah

SERI ISKANDAR, 22 Mei 2025 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif telah diadakan bagi pelajar Program Master of Science Green Architecture, Pusat Pascasiswazah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Program ini melibatkan kolaborasi bersama seorang Pensyarah Kanan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam penerangan general knowledges tentang ilmu asas Ergonomik kepada para pelajar pengajian di peringkat Sarjana iaitu Ir Dr Radin Zaid Radin Umar. Program yang bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam secara di dalam talian ini dihadiri oleh 15  bakal graduan peringkat Sarjana.

Pengajaran kolaboratif ini menggunakan Model 2, iaitu dari individu yang berkepakaran dengan fokus pada kaedah penyampaian. Penekanan kolaborasi ini adalah bertujuan menerapkan penerangan ilmu asas Ergonomik dalam praktis di industri ke arah penggunaan terminologi Ergonomik jika berkaitan dengan bidang kajian pelajar.

Program ini berjaya mencapai sinergi kepakaran, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos,dan perkongsian ilmu, serta meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap hala tuju pengajian dengan perkara-perkara 1) Clarity 2)Reliability di dalam bidang kajian di peringkat Sarjana.