PUNCAK PERDANA, 10 MEI 2025 – Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor dan Persatuan Rakan Masjid dengan kolaborasi SK Puncak Perdana telah berjaya menganjurkan Program Intervensi Zero Iqra’: Menyemai Kecemerlangan Tilawah Al-Quran yang berlangsung di Surau Alam Suria, Puncak Perdana.
Seramai 16 orang fasilitator dari Kampus Puncak Alam terlibat menjayakan inisiatif ini. Program ini bertujuan untuk fokus membantu murid Tahap 2 memperkukuh kemahiran tilawah Al-Quran dengan sebutan yang betul, memupuk rasa cinta serta penghormatan terhadap kitab suci dan memberi peluang kepada mereka untuk mengkhatamkannya secara berjemaah.
Usaha murni UiTM melalui kolaborasi seperti ini wajar dipuji kerana membuktikan komitmen institusi dalam menyantuni masyarakat serta membentuk generasi mahasiswa yang prihatin, berilmu dan berakhlak mulia. Semoga segala usaha diberkati dan dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT.
Penulis: Nor Azyyati Md Saad & Inarah Ajhar
Editor: Nor Azyyati Md Saad