KEPALA BATAS, 21 Mei 2025 – Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Kampus Bertam bersama KPJ Healthcare CollegeĀ Penang telah menganjurkan program Ferment Fest : The Probiotic Playground pada 18 Mei 2025.
Program kerjasama kedua-dua institusi ini telah melibatkan lebih 70 penyertaan pelajar secara keseluruhan. Pelbagai aktiviti bersama pelajar telah dilakukan seperti sesi perkongsian, pameran produk makanan dan minuman probiotik serta bengkel interaktif penyediaan teh Kombucha.
Antara produk yang dipamerkan ialah teh kombucha, kimchi, susu kefir, jeruk pucuk ubi kayu dan jeruk bawang putih. Kesemua produk ini telah disediakan oleh para pelajar dari UiTM Kampus Bertam dan KPJ College Penang.
Usaha ini dilihat mampu memberikan pengetahuan berkenaan kebaikan probiotik terhadap kesihatan individu serta membuka potensi dagangan produk probiotik tempatan.
Selain itu, program ini telah dijalankan di bawah nasihat dan pemantauan dua penasihat SOPHYS UiTM serta kakitangan KPJ College sebagai tanda komitmen dua institusi dalam menyampaikan pendidikan berterusan kepada para pelajar.
Penulis bersama : Muhammad Faiz Zulkifli, Wan Nordini Hasnor Wan Ismail