Bridging IT and Banking: Perkongsian Alumni Bersama Mahasiswa UiTM Kampus Raub

Raub, 1 Mei 2025 – Pelajar Diploma Sains Komputer dan Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah menyertai program Techtalk by Alumni bertajuk Bridging IT and Banking: Insights from Industry, yang berlangsung di Dewan Kuliah 300, Bangunan Sarjana UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub.

Program anjuran TechXperience 2025, sub-program di bawah Check-in@Kampus Raub 2025, menampilkan Muhammad Faiz bin Zulkifli, alumni yang kini berkhidmat di Bank Negara Malaysia sejak September 2022. Beliau berkongsi pengalaman berharga sepanjang kerjaya serta semasa menjalani latihan industri. Antara intipati utama adalah pendedahan tentang keperluan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, termasuk pensijilan profesional seperti Professional Scrum Developer, AWS Certified Cloud Solutions Architect dan Microsoft Azure Fundamentals.

Program ini memberi impak besar kepada mahasiswa, terutama dari aspek pendedahan awal terhadap prospek kerjaya di institusi kewangan utama negara. Ia turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti dengan memperkasakan pelajar melalui ilmu industri semasa serta SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi.