Jengka,10 April 2025 – Pejabat Rektor, Unit Komunikasi Korporat dan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Unit Latihan, Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Bengkel Pengacaraan Majlis yang berlangsung di Bilik Latihan Staf, Kampus Jengka.
Bengkel seharian ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta dan dikendalikan oleh Puan Azniza binti Ahmad Zaini, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan majlis dengan lebih profesional sama ada secara formal mahupun tidak formal sebagai pengacara.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut diberikan peluang untuk menghasilkan teks ucapan pengacara majlis masing-masing dan mempersembahkannya secara langsung. Aktiviti berbentuk praktikal ini bukan sahaja membantu membina keyakinan peserta, malah berjaya mencungkil bakat terpendam dalam kalangan staf UiTM Cawangan Pahang.
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan berterusan daripada semua pihak. Ini selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melahirkan tenaga kerja IPTA yang berkemahiran pelbagai demi memenuhi keperluan negara.
Penulis: Mohammad Khair Mohd.Seni, Azniza Ahmad Zaini, Jalcairul Azris Jalaluddin, Damia Nurfarisya Mohd Risham