Bengkel EMGS: Memperkasa Pengurusan Tenaga di UiTM

PUNCAK ALAM, 19 Mei 2025 – Bahagian Pengurusan Tenaga, Pejabat Pengurusan Fasiliti telah berjaya menganjurkan Sesi Penilaian Dalaman bagi Persediaan Penarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) Satu (1) Bintang di bawah Pensijilan ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 15 Mei 2025. Sesi penilaian selama dua hari ini bertujuan bagi menilai tahap kesiapsiagaan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dalam menghadapi penilaian sebenar yang dijadualkan pada bulan Oktober 2025.

Sesi pembukaan dan penutupan penilaian turut dihadiri oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS bersama barisan pengurusan kanan serta Dekan Fakulti dan wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UiTM Cawangan Selangor.

Penganjuran penilaian dalaman ini turut mencerminkan kesungguhan UiTM yang wajar dipuji dalam memperkasakan amalan pengurusan tenaga lestari serta menyokong agenda kelestarian kampus yang mampan dan berdaya saing. Segala cadangan dan penambahbaikan yang dikemukakan akan menjadi panduan penting dalam usaha berterusan meningkatkan pengurusan tenaga kampus.

Penulis: Nor Azyyati Md Saad & Inarah Ajhar
Editor: Nor Azyyati Md Saad