Program Ukur Bahan Kolaborasi dengan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (BPPF) dalam Pengajaran di Tapak Bina di UiTM Perak

SERI ISKANDAR, 29 April 2025 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif telah diadakan bagi kod subjek DQS351 Measurement of Construction Works V untuk pelajar semester 6 Program Ukur Bahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Program ini melibatkan kolaborasi bersama Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti ( BPPF) yang dibantu oleh Penolong Jurutera dari unit Kejuruteraan Awam iaitu En Miza Aliff Mat Bidin. Program yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi ini dihadiri oleh 50 pelajar tahun akhir Diploma Ukur Bahan.

Pengajaran kolaboratif ini menggunakan Model 2, iaitu dari individu yang berkepakaran dalam bidang Kejuruteraan Awam, dengan fokus pada kaedah penyampaian. Penekanan kolaborasi ini adalah menerapkan pemahaman secara fizikal bagi kerja -kerja ‘Upgrading exisiting Roadworks involved Surface Water Drainage Works and Demolition Worksin UiTM Perak Branch, Seri Iskandar Campus ‘ .

Penyampaian dimulakan dengan pengenalan kepada projek yang sedang dijalankan. Pembelajaran secara fizikal di tapak bina memberi impak yang lebih mendalam dan berselang seli dengan ‘Question and Answer Session’.  Topik pengenalan ini adalah sebahagian daripada CLO1 di dalam DQS351, iaitu mengukur kuantiti berdasarkan lukisan arkitek dan kejuruteraan dengan menggunakan alat pengukuran untuk elemen ‘Demolition, Alteration and External Works’ dengan merujuk kepada Malaysian Standard Methods of Measurement.

Program ini mencapai sinergi kepakaran, pengoptimuman sumber dari segi masa, kos, dan perkongsian ilmu, serta meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap subjek yang dipelajari.