Foresight Lab: Libraries Of The Future

SHAH ALAM – Sejajar dengan pemodenan teknologi dan perubahan dalam lanskap pendidikan di negara ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengambil langkah awal bagi mentransformasikan dan memantapkan lagi peranannya ke arah menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran, penyelidikan dan pengajaran yang lebih dinamik.

Di samping itu, bengkel ini juga menjadi satu platform kepada pustakawan UiTM bagi membuat perancangan dan halatuju baharu perpustakaan yang lebih mampan dan kekal relevan untuk tempoh yang akan datang.

Bengkel yang diadakan di Institute of Leadership and Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama tiga hari dua malam ini dikendalikan oleh mantan Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abdul Talib yang juga merupakan Pengerusi, UiTM Private Education Sdn. Bhd.

Antara objektifnya adalah bagi :

1. Memperkasakan peranan perpustakaan dengan mengenal pasti fungsi perpustakaan yang perlu ditukar (to change), ditambah baik (to improve),  dikekalkan (to maintain), ditiadakan (to eliminate)  atau diubah suai (to modify) agar terus berdaya saing seiring dengan arah aliran (trend) global.

2. Mewujudkan model penstrukturan perpustakaan yang mampan dengan output yang jelas selaras perubahan lanskap Pendidikan Tinggi.

3. Menghasilkan perancangan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan berdasarkan teknologi dan inovasi yang dapat mewujudkan konsep perpustakaan yang lebih dinamik.

4. Menyediakan staf perpustakaan yang berinovasi dan berdaya saing bagi mendepani cabaran dan perubahan yang akan berlaku pada masa hadapan.

Pembukaan Bengkel Foresight Lab: Libraries Of The Future ini diadakan di Institute of Leadership and Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama tiga hari dua malam.

Program dimulakan dengan Cetusan Minda oleh Ketua Pustakawan Encik Noor Hidayat Adnan kemudian diteruskan dengan Sesi Perkongsian oleh Prof. Dr. Sohaimi Zakaria , Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.

Seterusnya taklimat dari mantan Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abdul Talib Pengerusi yang mengendalikan bengkel ini.

 

 

FORESIGHT LAB: LIBRARIES OF THE FUTURE
TARIKH : 7-9 JANUARI 2018
TEMPAT : ILD, BANDAR ENSTEK

#library #uitm #libraryuitm #libraryofthefuture 

Foto-foto sekitar Foresight Lab Library UiTM
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/01/sekitar-pembukaan-foresight-lab.html

Like & Follow Us
0
0