Program “Pluck and Pack” Rambutan 2019 UiTM Cawangan Sarawak

Profesor Dato Dr Jamil Haji Hamali telah turun padang melawat ladang buah

UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan program “Pluck and Pack” Rambutan 2019 selama 4 hari bermula hari ini 8 Januari sehingga Jumaat 11 Januari 2019 dibuka kepada warga UiTM Cawangan Sarawak dan orang awam.

YBhg Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr Jamil Haji Hamali telah turun padang bersama pengurusan tertinggi dan pihak pengurusan Unit Ladang UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan dan pihak media meluangkan masa melawat ladang pokok rambutan dan pokok pulasan yang bertempat di Blok N, Kampus Samarahan.

Profesor Dato Dr Jamil Haji Hamali sedang mengait buah rambutan

Pihak media diberi peluang merasai pengalaman memetik buah rambutan terus dari ladang. Tujuan program dianjurkan ialah untuk memberi peluang kepada pihak media dan orang awam merasai pengalaman memetik buah rambutan segar dari pokok.

Selain itu juga program ini memperkenalkan peranan dan fungsi Unit Ladang kerana selari dengan penawaran Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Ladang yang ditawarkan di UiTM Cawangan Sarawak. Pihak media diberi taklimat mengenai jenis buah-buahan yang terdapat di ladang tersebut.

Program tersebut bermula 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Kadar bayaran yang dikenakan RM 1.00 / 1KG (maksimum 10KG seorang) untuk warga UiTM dan RM 1.50 / 1KG (maksimum 5KG seorang).

Bayaran masuk ke ladang dikenakan sebanyak RM1.00 seorang.

1
0