Karnival Sukan Staf (KARISTA) 2019

Karnival Sukan Staf (KARISTA) kembali untuk edisi tahun 2019 pada 26 Januari 2019 hingga 1 Februari 2019 ini. Tuan rumah untuk penganjuran karnival sukan tahunan ini adalah Kampus Bestari, Digital dan Simfoni Alam, UiTM Cawangan Johor.

Sebanyak 16 acara sukan akan dipertandingkan pada tahun ini, yang mana juga menyaksikan acara e-sport (CS Go) dipertandingkan buat julung-julung kali dalam sejarah penganjuran KARISTA di UiTM. Acara-acara lain yang dipertandingkan antara lainnya ialah bola sepak (senior dan veteran), bola jaring, tenis, tenpin boling, larian cross country dan dart.

Fasa 1 KARISTA 2019 akan berlangsung pada 26 hingga 29 Januari 2019 yang mana melibatkan taklimat pengurus, sesi latihan rasmi, pusingan awal dan juga majlis perasmian. Fasa 2 pada 30 Januari hingga 1 Februari 2019 pula menyaksikan pertandingan untuk acara-acara yang dipertandingkan dan juga majlis penutup karnival.

Semoga penganjuran KARISTA pada tahun ini akan menyaksikan semangat kesukanan dan juga penyatuan silaturrahim yang baik di antara staf-staf UiTM dari semua cawangan.

0
0