Dua Aktiviti Bermakna buat FKA pada awal 2019

Tahun 2019 ini, Majlis Penghargaan Jurnal-Jurnal Yang Diindeks MyCite dan Majlis Penyerahan Tugas Ketua Editor Scientific Research Journal (SRJ) berlangsung pada 4 Jan 2019 di Hotel UiTM Shah Alam.

Objektif program ini adalah untuk meraikan Ketua Penyunting Jurnal-jurnal yang berjaya diindekskan dalam MyCite pada Tahun 2017 dan mengukuhkan kerjasama antara pihak penerbit UiTM, IRMI dan pihak Penyunting jurnal-jurnal UiTM.

Majlis ini diadakan bagi meraikan Prof Dr Hamidah Mohd Saman iaitu mantan Ketua Penyunting Scientific Research Journal (SRJ) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan memberikan komitment SRJ sebagai ketua penyunting Jurnal pada 31 Disember 2018 yang lalu.

Pihak IRMI selaku penganjur program turut mengalu-alukan Prof Madya Dr Ab Malik Marwan Ali , Ketua Penyunting yang baru untuk Scientific Research Journal (SRJ). Ucapan penghargaan juga diberikan kepada Pembantu Ketua Penyunting (Managing editor) SRJ iaitu Dr Yazmin Sahol Hamid.

Majlis turut dihadiri oleh Penolong Nib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Hadariah Bahron dan Ketua Unit Impak, Prof Dr Nor Ashikin Mohamed Khan dam Pengarah Penerbit UiTM, Prof Madya Dato Dr Haji Hilmi Abdul Rahman.

Dalam ucapan Prof Hadariah adalah diharapkan pihak UiTM dapat mengekalkan dan meningkatkan prestasi penerbitan jurnal penyelidikan UiTM, agar semua jurnal UiTM mendapat pengindeksan nasional dan antarabangsa. Penganjur majlis ini ialah Institute Research Management Institute (IRMI), UiTM.

Nama Penerimaan Penghargaan:
Prof Dr Hamidah Mohd Saman (Ketua Penyunting SRJ)
Dr Yazmin Sahol Hamid (Pembantu Ketua Penyunting SRJ)

 

0
0