Penyertaan Sulung Kumpulan BEAKER dari UiTM Perlis Membawa Tuah

Kumpulan Beaker Dari UiTM Cawangan Perlis Dinobatkan Sebagai Johan Keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM Bagi Tahun Ini Yang Bertempat Di Ixora Hotel, Prai, Pulau Pinang Pada 4 Hingga 6 Disember 2018. Kumpulan BEAKER Turut Menerima Anugerah Primer Terbaik Pengurusan Penciptaan Dan Penarafan Emas Untuk Inovasi Yang Dipertandingkan. Kumpulan membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM 3,000.

Kumpulan Ditubuhkan Pada Januari 2018 Menggabungkan Staf Dan Pengurusan Di Unit Makmal Sains UiTM Cawangan Perlis. Penyertaan Sulung Di Arena KIK memberikan pencapaian Tempat Ketiga Dan Penafaran Emas di Mini Konvensyen Zon Utara September 2018 bertempat di UiTM Cawangan Perlis.

BEAKER Adalah Nama Kumpulan Yang Simbolik Kepada Persekitaran Makmal Sains mempertaruhkan Inovasi iTEAS Dengan Tajuk Projek Menjimatkan Penggunaan Air Paip Untuk Menghasilkan Air Suling Kegunaan Makmal.

3
0