Pengiktirafan Antarabangsa untuk PM Dr Megat Ahmad Kamal

 

13 Disember 2018: Syabas dan Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Megat Ahmad Kamal bin Megat Hanafiah, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan(Kimia) UiTM Cawangan Pahang di atas pengiktirafan antarabangsa yang perolehi bagi tahun 2018.

1. Nama Anugerah – Publons Peer Review Awards 2018.
Sinopsis: Anugerah ini diberikan oleh Publons (dimiliki Clarivate Analysics) sekali setiap tahun kepada pewasit (reviewer) yang telah memberi sumbangan utama dalam penilaian artikel jurnal dari seluruh dunia.

2. Penilai ‘2018/2019 World University Rankings’ oleh QS Intelligence Unit.
Sinopsis: Dilantik untuk memberi pandangan/penilaian terhadap bidang pengajian dan pencapaian terkemuka bagi universiti-universiti di Malaysia, Asia dan diseluruh dunia, seterusnya digunakan untuk penetapan ‘World University Rankings’

0
0