FKA UiTM Shah Alam berjaya memenangi Anugerah Emas di International Engineering and Sciences Innovation Exhibition (I-ESIX) 2018

Name of Program: International Engineering and Sciences Innovation Exhibition (I-ESIX)
Date: 24 November 2018
Time: 8.00 am till 3:00 pm
Venue: Park Royal Hotel, Batu Ferringhi, Penang

Wakil daripada UiTM Shah Alam dibawah seliaan Dr Norhafezah binti Kasmuri iaitu Dian Khairunnisa Muhammad Amin telah berjaya memenangi anugerah Emas dengan tajuk “Treatment of Pond from Abandoned Landfill via Electrocoagulation” di International Engineering and Sciences Innovation Exhibition. Ini merupakan tajuk penyelidikan tahun akhir (FYP) pelajar tersebut. Turut menyertai pertandingan ini adalah dari industri serta pelajar universiti tempatan dan antarabangsa.

Dengan bertemakan inovasi, peserta perlu menggunakan kreativiti mereka bagi mengenalpasti isu berkaitan aksesibiliti, dan menghasilkan penyelesaian secara inovatif. Menjadikan konsep kemampanan sebagai teras penyelidikan, peserta dari Fakulti Kejuruteraan Awam ini telah berjaya menghasilkan satu inovasi dalam sistem perawatan air daripda tapak pembuangan sampah haram.

Rawatan “electrocoagulation” ini dijangka dapat mengurangkan impak negatif terhadap kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan,hidupan akuatik dan alam sekitar. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain.

#uitm
#uitmdihatiku
#universititeknologimara
#fkauitm
#fkashahalam
#uitmshahalam
#newshubuitm
#fceuitm

1
0