TAHNIAH! PEMENANG ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC) 2018

Khamis | 13 Disember 2018

Shah Alam: Penyampaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018 telah diadakan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM pada 13 Disember 2018 (Khamis) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Majlis gilang gemilang ini telah dijayakan oleh Fakulti Pendidikan sebagai penganjur pada tahun ini yang bertemakan ‘Menginsankan Inovasi Untuk Pendidikan Berkualiti’.

Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2018 ini bukan sahaja menganugerahkan perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan UiTM malah mengumumkan juga beberapa anugerah seperti Anugerah Pentadbir Cemerlang, Anugerah Pemacu Global, Anugerah Integriti Universiti, Anugerah Kolej Cemerlang serta tidak ketinggalan Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2018.

Anugerah Kualiti Naib Canselor yang dikenali juga sebagai AKNC merupakan satu anugerah yang mengiktiraf pengurusan yang serius dalam membudayakan kualiti di dalam pengurusan masing-masing. Penganugerahan AKNC berdasarkan kepada mengikut bidang tumpuan, mengikut kriteria, pembentangan terbaik, kategori Kampus Negeri, kategori Fakulti, kategori Bahagian/Pusat/Unit dan seterusnya juara keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada pemenang pada tahun ini. Semoga kejayaan PTJ hari ini menjadi pencetus kepada PTJ lain untuk terus membudayakan pengurusan yang lebih berkualiti.

Pembentangan Akhir Finalis AKNC 2018 telah diadakan pada 12 November 2018 dengan dipengerusikan oleh Naib Canselor UiTM sendiri. Keputusan AKNC 2018 merupakan keputusan dari kedua-dua penilaian tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang AKNC 2018, semoga kecemerlangan yang dicapai menjadi pemangkin usaha kearah budaya kualiti berterusan.

3
0