UiTM Pahang Juara Kejohanan Silat


Kejohanan Silat UiTM Cawangan Pahang Kali ke 2/2018 telah melabuhkankan tirai kejohanan pada 3 Disember 2018 di Dewan Indera Segara dan majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBrs Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Prof Madya Dr Azhan Hashim.

Kejohanan ini telah berlangsung pada 3hb dan 4hb Disember 2018. Keputusan rasmi Pasukan UiTM Cawangan Pahang A dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 17 emas dan 4 perak.

Manakala tempat kedua di sandang oleh Pasukan UiTM Cawangan Johor dengan pungutan pingat 2 emas, 3 perak ,1 gangsa. Tempat ke 3 oleh Pasukan DRB Hicom University dengan pungutan pingat 2 emas,1 perak 3 gangsa.

 

0
0