Penganjuran Simposium bersama Malaysia, Indonesia dan Thailand

6 Disember 2018 –┬áProf Madya Dr Azhan Hashim (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Dr Badli Esham Ahmad (Timbalan Rektor Jaringan dan Industri) dan Dr Azman Kasim (Koordinator Penyelidikan dan Inovasi) dari UiTM Cawangan Pahang telah menghadiri mesyuarat penganjuran bersama The 3rd International Malaysia-Indonesia-Thailand Symposium on Innovation and Creativity 2019 (IMIT SIC 2019) yang telah dijalankan di Princess Naradhiwas University (PNU), Narathiwat Thailand pada 6 Disember 2018.

Selain UiTM Cawangan Pahang, mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil UiTM Cawangan Perlis. Simposium ini akan berlangsung pada 16 hingga 18 Jun 2019 di PNU nanti melibatkan tiga negara terbabit.

1
0