Kemenangan Pertama Kumpulan Kik ACRe, UiTM Perak!

Gaya Kumpulan ACRe yang telah memenangi anugerah di pertandingan KIK peringkat UiTM untuk 2018

Kumpulan ACRe (Architecture Collaborative Research) dari UiTM Cawangan Perak mempamerkan kecemerlangan apabila berjaya merangkul penarafan EMAS bagi Kategori Pengurusan pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM bagi tahun ini yang bertempat di Ixora Hotel, Prai, Pulau Pinang pada 4 hingga 6 Disember 2018.

Penganjuran kali ini dikendalikan oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang yang mana menyaksikan 20 kumpulan KIK dari UiTM Cawangan terpilih berentap untuk mendapatkan kejayaan dalam membawa projek inovasi masing – masing.

Kumpulan ACRe, UiTM Perak

Kumpulan ACRe telah ditubuhkan pada 7 Mac 2018 dan terdiri daripada seorang fasilitator yang berpengalaman dalam bidang KIK selama 5 tahun dan 6 orang ahli baru yang komited mengambil peluang berkecimpung di dalam bidang KIK pada tahun ini.

Projek pertama mereka yang bertajuk “Pembangunan Sistem Pengesahan Portfolio Digital Pelajar di Dalam Talian (E-VOS)” bertujuan untuk menyediakan platform dan seterusnya memudahkan proses penghantaran hasil kerja pelajar bagi proses penilaian oleh pensyarah terlibat.

Sistem di atas talian tersebut telah menarik perhatian panel-panel juri profesional yang seterusnya membawa kepada kejayaan kumpulan merangkul gelaran Naib Johan Peringkat KIK UiTM 2018 dan pengiktirafan Anugerah Dokumentasi Terbaik. Kumpulan membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai berjumlah RM 2,000.

 

0
0