FSKM Lancar Tabung Actuarial Resource Centre

Pada 27 November yang lalu, Pusat Pengajian Sains Aktuari , FSKM telah melancarkan Tabung Actuarial Resource Centre di Dewan Al-Ghazali, FSKM.

Actuarial Resource Centre merupakan pusat sumber khas bagi pelajar-pelajar Sains Aktuari untuk mendapatkan bahan rujukan, membuat penyelidikan serta persediaan untuk menduduki  peperiksaan profesional Institute Faculty of Actuaries dan Society of Actuary , dan juga menyediakan ruang yang kondusif untuk mencetus idea-idea yang membina bagi perbincangan  antara pelajar, pensyarah dan pihak industri. Pada majlis tersebut, FSKM amat berbesar hati kerana Bank Rakyat telah menyampaikan sumbangan sejumlah RM50000 untuk tabung ini.

Sumbangan disampaikan oleh Puan Norwati Aziz, Ketua Wilayah Bank Rakyat Selangor. Majlis turut dihadiri oleh Dekan FSKM, Prof. Dr. Hajah Azlinah Mohamed, Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari , Dr. Norazliani Md. Yazam, para pensyarah dan pelajar FSKM.

0
0